PENDAFTARAN PROGRAM CARA HIDUP SIHAT KINI DIBUKAKAN
PCHS
September 18, 2025
Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan sukacita ingin mengjemput orang ramai untuk menyertai Program Cara Hidup Sihat (PCHS) yang akan bermula tidak lama lagi.
📌 Tempoh Program: 3-6 bulan
📌 Kriteria kelayakan:
* Warganegara Brunei atau Penduduk Tetap (Stateless)
* Berumur 18 -60 tahun
* Mempunyai BMI 30.0 ke atas
📌 Aktiviti Utama:
* Bootcamp pengenalan & pemeriksaan kesihatan
* Sesi senaman berkumpulan 2 kali seminggu
* Sesi taklimat pemakanan sihat dan kesihatan mental
* Konsultasi bersama Doktor Perubatan Sukan dan Senaman (SEM)
* Pemantauan berkala sepanjang program
🎯 Objektif: Membantu peserta menurunkan berat badan secara sihat (1–2kg sebulan atau 5%–10% dalam 3 bulan) melalui amalan gaya hidup sihat.
📝 Cara Pendaftaran (dibuka sehingga 12 Oktober 2025):
* Imbas Kod QR (dalam poster), atau
* Klik pautan: https://forms.gle/nBZajMjs6TwjEDHH7
- Layari laman web: whp.gov.bn
📞 Pertanyaan: 2384442 (waktu bekerja) | WhatsApp 8114522 | emel: wah.heal@moh.gov.bn
Mari bersama kita mengamalkan cara hidup sihat demi kesejahteraan bersama.