PENDAFTARAN PROGRAM CARA HIDUP SIHAT (PCHS)
PCHSMarch 18, 2024
PROGRAM CARA HIDUP SIHAT KINI KEMBALI!
Pendaftaran telah dibukakan dan khas untuk orang awam.
Program Cara Hidup Sihat adalah satu program yang khusus bagi membantu peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan sihat dan juga menggalakkan tabiat harian dalam menjalankan aktiviti fizikal secara kerap, mengamalkan pemakanan yang sihat dan daya tahan kesihatan mental selama 3 -6 bulan.
Program ini menggalakkan peserta untuk menurangkan berat badan secara keseluruhan sebanyak 5-10% dalam tempoh 6 bulan.
Program ini akan terdiri daripada 50 peserta yang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Para peserta akan menjalani sesi senaman preskripsi yang dipantau oleh Doktor Perubatan Sukan selama 12 minggu dan dengan sokongan daripada pakar kesihatan seperti doktor, pakar nutrisi dan psikologi sepanjang program dijalankan.
Imbas Kod QR, layari http://bit.ly/PCHS24 atau awda boleh pergi ke Aplikasi Bruhealth (akan tersedia tidak lama lagi) untuk pendaftaran.
Ubah gaya hidup awda menjadi lebih sihat dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut di 2384442 atau e-mel kami di wah.heal@moh.gov.bn