Cabutan Bertuah Program WAH 2024

News
img

January 29, 2024


Cabutan bertuah Program WAH (Workplace and Health) kini kembali!

Pelbagai hadiah yang menarik akan bakal dimenangi dalam cabutan bertuah Program WAH pada tahun 2024. Hadiah-hadiah menarik yang disediakan adalah baucar tiket penerbangan, peti sejuk, televisyen, jam pintar, air fryer dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk menyertai cabutan bertuah adalah dengan menjalani kursus dalam talian di laman sesawang WAH iaitu https://whp.gov.bn/

Apa yang perlu awda lakukan?
Mendaftarlah ke laman sesawang https://whp.gov.bn/ dengan menggunakan e-mel kerajaan awda. Lengkapkan semua 4 modul kursus dalam talian (pemakanan sihat, kesihatan mental, pencegahan penggunaan tembakau dan kegiatan fizikal di tempat kerja) isi borang cabutan bertuah secara dalam talian.